salji



Tuesday, November 27, 2012

14 DIET YANG PALING POPULAR DI DUNIA.

Hai, semua kat sini aku ada  sedikit info mengenai beberapa jenis diet yang korang boleh gunakan untuk korangnyer diet. aku dapat info ni dari 1 blog diet. kat sini ada 14 jenis diet yang boleh menjadi panduan korang semua.

1. MENYUKAT KALORI
Ia melibatkan pengambilan makanan rendah kalori dan mengutamakan makanan yang sihat dan semulajadi

2. THE GREAT SKIN DIET
Wanita sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menjaga kulit. Namun tidak ramai yang tahu kulit sebenarnya adalah cermin kepada tahap kesihatan dalaman tubuh anda.

3. THE MODEL DETOX DIET
Diet jenis ini bertindak mencuci toksin dan menyimpan tenaga dan kekuatan tubuh.

4. THE ACAI BERRY DIET
Diet melibatkan buah-buah beri yang dianggap 'superfood' yang membantu anda hidup dengan penuh tenaga dan keseimbangan.

5. THE APPLE CIDER VINEGAR DIET
Diet melibatkan khasiat cuka epal yang sudah lama digunakan sebagai perawat kesihatan semulajadi. Namun akhir-akhir ini kajian berjaya membuktikan ia boleh menjadi supplemen paling berkesan menurunkan berat badan.

6. ATKINS DIET
Sangat popular dikalangan lelaki dan perempuan. Diet Atkins diamalkan secara melaus dalam industri fesyen dan hiburan.

7. MENCUCI DAN BERPUASA
Mencuci atau detoksifikasi adalah teknik yang digunakan model-model peragaan dalam kerjaya mereka. Ia bukan sahaja membantu anda mudah menurunkan berat badan bahkan menambah keserian wajah. Ia membantu membersihkan organ dalaman anda dan memberikan rambut yang kuat dan sihat.

8. THE BLOOD TYPE DIET
Diet ini menyatakan bahawa setiap kumpulan darah mempunyai kecenderungan mengidap penyakit tertentu. Oleh itu. ada jenis diet yang mengikut kategori darah. Orang yang ingin mengamalkannya perlu makan kumpulan makanan yang sesuai dengan kumpulan darah mereka sahaja.

9. THE GRAPEFRUIT DIET
Diet ini diwarisi sehingga generasi ketiga dan keempat. Ia juga dikenali sebagai 'Fad Diet'. Sangat popular di kalangan selebriti Hollywood.

10. THE GREEN TEA DIET
Ada dua terbaik untuk mengurangkan berat badan iaitu mengurangkan jumlah pengambilan kalori dan meningkatkan penggunaan tenaga tubuh. Diet jenis ini melibatkan kedua-dua unsur tersebut dan dianggap sebagai diet paling mudah di pasaran.

11. THE LOW FAT DIET
Diet ini bukan hanya meningkatkan kesihatan bahkan juga membantu anda menurunkan berat badan.Diet ini menerangkan yang lemak bukan sahaja mengandungi gandaan kalori untuk karbohidrat dan protein bahkan ia juga boleh memberikan risiko pada sistem kardiovaskular.

12. THE MEDITERRANEAN DIET
Ia bukan asahaja setakat diet bahkan juga perubahan gaya hidup yang menggantikan makanan proses dengan makanan semulajadi yang lazat, Diet ini menawarkan makanan yang sempurna, kaya dengan antioksida demi membantu anda kelihatan muda dan bertenaga.

13. THE SOUTH BEACH DIET
Diet ini tidak menghalang anda mengambil karbohidrat. Sebaliknya ia menerangkan tentang perbezaan antara karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik begitu juga dengan lemak baik dan lemak tidak baik.

14. WEIGHT WATCHERS DIET PLAN.
Ia direka pada tahun 1960-an dan telah menjadi antara kaedah diet popular di dunia

aku dapat info ni dari blog http://intan-fiber.blogspot.com. tq ter intan dengan info yang sangat berguna pada aku dan rakan2 semua. Selamat mencuba.

Sunday, November 18, 2012

PROMOSI TIKET AIR ASIA KE BALI INDONESIA

Assalamualaikum




NOW EVERYONE CAN FLY so pada minggu yang lepas aku dan suami telah pun menempah tiket ke Bali. Semasa kami pergi bertanya mengenai tiket belum ada sebarang promosi diadakan maka dengan itu harga tiket untuk pergi dan balik sahaja menjangkau hingga RM1700 untuk kami bertiga. ( 2 dewasa 1 kanak2). Oleh kerana itu aku menggagahkan diri untuk bersabar dan terus bersabar. Pada minggu yang berikutnya Air Asia telah membuka promosi sekali lagi.




Dan dengan gembiranya aku dapat harga yang lebih rendah iaitu RM918 sahaja untuk kami bertiga. Nak upload harga tiket sebagai bukti tapi x boleh upload plak...gerrrrrrrraaaaammmmm jerk....kemudian aku akan upload gambar yea...tunggguuu!!!tiket sudah ditempah, hotel pun telah kami servey so tugas aku selepas ini ialah untuk servey pakej pulak. Untuk hotel kami bertiga telah servey dan mungkin kami akan menempah hotel sendiri sahaja melalui siapa dan dimana....tunggu post aku mengenai hotel nanti.





BALI...I'M COMING..!!!!

Assalamualaikum kekawan semua...
hari ini aku nak tulis mengenai perancanganku untuk bercuti di bali. percutianku kali ini ialah percutian budject 5 bintang huhuuh...boleh ker..kite layan dolu gambar - gambar di bali walaupung belum pergi...bolehkan..kita berangan dulu xsalah dan tak kena bayar pun.














Bali juga merupakan tempat penggambaran filem EAT PRAY LOVE.....


Adegan filem semasa di Bali....pas nih aku nak citer tentang tiket promosi air asia yang sudah ku booking....

Sunday, November 11, 2012

Sarawak..

Tengah duduk - duduk termenung memikirkan tentang assigment aku....teringat pulak kenangan semasa berada di UPM Bintulu Sarawak. dengan pensyarah - pensyarahnya yang semua baik hati dan hebat - hebat. Aku berada disana kerana terpilih menjadi guru pengiring murid - murid ke program motivasi yang dianjurkan oleh UPM Bintulu Sarawak. Ramai student yang menjadi fasilitator dan fasilitator pun semua peramah - peramah dan bertanggungjawab. Di bawah ini adalah gambar aktiviti yang sempat di rakam sebagai kenang - kenangan. jom cuci - cuci mata.

JUNGLE TREKKING & TRIVIA CHALLENGE 

 ABSEILING

FRIENDLY DESIGN & INVENTION COMPETITION

PUTRA CULTURAL CAMP 

 KE GUA NIAH

 KE GUA NIAH

HASIL KERJA & KREATIVITI MURID

NATURE TALK TREE - PLANTING CEREMONY 

SAMPAI SINI DULU NANTI KITA SAMBUNG LAGI.......................

Saturday, October 20, 2012

Cara2 membuat kad hari lahir.....



Bahan2nya
1. Gunting
2. Gam
3. Kertas wana seperti yang diatas
4. Stiker huruf 
5. Stiker yang comel2
6. Reben

Langkah - langkahnya:

Muka surat 1 dan 2


1. Susun kertas yang menarik untuk dijadikan muka surat 1 dan 2
2. Buat kek 3d langkah- langkahnya seperti yang ditunjukkan di bawah ini.


3.Setelah membuat kek 3d, tampal ucapan anda.
4. kemudian tampal aksesori lain mengikut kreativiti anda seperti contoh diatas.

Membuat ms yang ke 3 dan 4 pula


1. Susun kertas warna yang anda suka
2. Anda perlu membuat bunga 3d terlebih dahulu.gunakanlah kertas yang menarik, cara2nya seperti yang ditunjukkan di bawah ini.


3. Kemudian tampal gambar2 yang anda suka seperti diatas.
4. Pilihlah lagu2 yang romantis untuk diletakkan ms ini.
5. Hiaslah mengikut kreativiti anda.

SELAMAT MENCUBA!!!

KAD HARI LAHIR UNTUK ENCIK NORFAZLI....SIAPA ITU??

Kad Hari Lahir ni ada 4 muka surat. dibuat dalam masa 1 hari sahaja. jom tengok!!

Pandangan depan


pandangan depan

pandangan atas

pandangan bawah
diatas tadi adalah untuk muka surat 1 dan 2. Didalam ms 1 dan 2 ini terdapat:

1. Ucapan dariku
2. Kek 3d
3. Perkataan HAPPY BIRTHDAY 31
4. Perkataan I LOVE U
5. aksesori stiker yang cantik

pandangan depan

pandangan atas


pandangan bawah
didalam ms 3 dan 4 pula terdapat 
1. gambar kami sekeluarga dan kenangan bercuti bersama.
2. bunga 3d
3. lagu khas untuk dia 
4. aksesori sticker yang comel2.

nak tahu pula cara2 nak membuat kad ini...tunggu entri yang seterusya. 
SELAMAT MALAM SEMUA!!!!


Hadiah Hari Lahir Incik Somiku....

Asslamualaikum FRIENDS........

Hari Lahir Incik Somi baru jer berlalu, pada 12. 10.2012, tahun ini kami sambut dengan keadaan yang amat simple but nice. Incik Somi dan pesan dier kate"jangan beli kek masa HARI JADI abang tau yang, abang  x suke" kunun2 nak jaga kesihatan. so belikan dier kek yang paling kecil di dunia. 


kecik jer kan, semasa aku membuat suprise pada pukul 12. 01 minit pagi. Incik Somi baru nak masuk beradu, aku dan bff Fareez membawa kek itu masuk ke bilik, 
dibawah lilin itu terdapat satu benda yang aku pun xtau ape namanya. benda itu mengeluarkan muzik lagu "Happy Birthday" tau....kek gambar Garfield. ada sebabnya

1. kerana dia suka pada kucing
2. perut dia sama dengan garfield (heheh!jangan marah Ling)

dan yang penting dier suka!suka!sebab memenuhi hajatnya dan bff  fareezlah yang telah menamatkan riwayat kek bergambar garfield ini. sian....

 hadiah yang ke 2 buat insan yang amat bermakna pada diri aku...... jeng! jeng! jeng! hehehe!! TAAAARRAAAA...ini dia, simple jer, tapi dier suka.....sepasang baju dan seluar...


Hadiah yang seterusnya, kad Hari Lahir, aku buat seniri tau...!!!dan dier juga suka!suka!(suara mei ling dalam kartun Upin dan Ipin)hehehe!!!


nak tengok apa yang ada didalam kad ini? boleh klik pada entri "Kad Hari Lahir untuk Incik Somi"...
Sebenarnya bagi aku walau apa pun hadiah yang kita berikan pada insan yang tersayang, mahal atau murah bukan ukuran. yang penting ikhlas menghargai dia, ingat akan hari2 SPECIAL dia dan dia menghargai pemberian aku dengan memakai barang pemberianku. I LOIKE U!!!

ikhlas tau...!!!