Sekarang nak cite pasal hotel yang aku inap masa kat BALI. Ok, dah nama pun percutian budject so amat sesuailah dengan hotel ini. Harganya amatlah berbaloi2 nak dibandingkan dengan keselesaan yang diberikan. Harga untuk 1 malam di hotel ini hanyalah RM100 itupun kena tempah melalui Agoda ye. Aku Inap 4 malam shj.
BILIK
Bilik aku yang aku inap sangat selesa dan berhadapan dengan kolam, bila anak & ayah mandi kat kolam aku just tgk dari dalam bilik sambil meniarap di atas katil yang empuk itu....amacam bestkan.
|
Ok...dah dapat kunci |
|
Bilik Tidur |
|
Bilik Tidur |
|
Bilik Tidur |
|
Bilik Tidur |
|
Bilik Air |
|
Bilik Air |
Haaa...kan dah cakap tadi, aku tgk anakku dari dalam bilik jer ( anakku sedang bermain bola dengan ayahnya tu ). Di depan bilik ni ada beranda, nak duduk2 kat depan tu pun boleh sambil minum petang, order jer, pasti dihantar sehingga di depan pintu anda.
Menginap di hotel yang mempunyai kolam ni bagi aku sangat penting, bukan apa pun sekurang2nya anakku yang sorang ini tidaklah terlalu stress untuk mengikut kehendak aku dan ayahnya untuk berjalan dan menikmati keindahan Bali ( dahlah penat ikut mama n papa kesana kemari). Dengan adanya kolam di hotel ini dapatlah aku memberikannya sedikit kegembiraan. Ini adalah bahagian untuknya menikmati percutian di Bali. Siang malam mandi jer.....maklumlah kolam depan bilik.
KEMUDAHAN HOTEL
|
KOLAM RENANG |
|
KAFE |
|
BAR |
|
JOM LEPAK LEPAS MANDI |
Di dalam kolam, ada disediakan bangku untuk sesiapa yang hendak minum2 petang sambil lepaking dalam kolam.
|
Internet...ada...jgn risau....laju plak tu!!! |
|
Informasi mengenai Bali boleh dapatkan di perpustakaan mini ini ( konon2nya ) |
|
Tempat lepak sambil menunggu Pak Yuyun |
|
Tempat duduk menunggu Pak Yuyun |
|
Kalau menginap disini jangan lupa mencuba Gado2 ini, memang sodap.... |
KEADAAN SEKITAR THE FLORA KUTA BALI
|
Ruang Lobi |
|
Atap di lobi |
|
Kolam |
|
Kolam |
|
Kolam |
|
Tingkat atas
|
No comments:
Post a Comment