salji



Sunday, October 6, 2013

BUDJECT PERCUTIAN KE BALI



Assalamualaikum WBT...

Rasanya dah lama sangat tak update blog, lama sangat - sangat.....OH MY BLOG.....Al maklum sibuk dengan aktiviti seharianku. rasanya tak update blog ni dari sebelum pergi ke bali hinggalah pulang dari bali heheheh..Hari ini aku cuma nak kongsikan sedikit info yang mungkin boleh digunakan kepada sesiapa yang ingin melancong ke Bali. Untuk pengetahuan semua Bali memang sebuah tempat pelancongan terdekat yang sangat indah dari tempat - tempat lain yang terdapat di Asia. jadi jika merancang ke Bali, anda tidak akan meyesal berbelanja atau mengeluarkan wang untuk ke Bali, aku rasa tak rugi pun....

Percutian ke Bali adalah percutian yang aku rancang  sendiri, tidak mengambil mana travel. Tetapi mengambil pemandu pelancong di Bali jer. Disini adalah perbelanjaan yang aku buat untuk percutian 2 dewasa 1 kanak2, selama 5 hari 4 malam di Bali dengan Airasia.......





Tiket kapal terbang + bagasi + makan ( pergi & balik ) - RM 1234.00
Hotel Flora Kuta Bali (Agoda) 1 malam RM 100 X 4 malam - RM400
Makan - RM250.00

Pandangan saya :

  • Tiket - Tiket kapal terbang boleh dikatakan berpatutan sebab saya tempah masa promo pada bulan Dis 2012 ( ke bali pada bulan mac 2013). Mungkin ada kawan - kawan yang diluar sana mendapat tiket yang lebih murah, alhamdulillah.
  • Hotel Flora Kuta Bali - Hotel ini aku tempah sendiri melalui Agoda. Sebelum menempah hotel ni pun aku baca dulu komen2 mereka2 yang pernah menginap di hotel ini. Kebanyakkan komen adalah sangat positif, makanya? tidurlah aku di hotel ini. Hotel ini sangat! sangat! sangat! selesa, bersih, pelayan hotel yang mesra alam, ada kolam mandi ( for my son ), tempat yang sangat!sangat!sangat! strategik, cantik dan yang penting satu2nya hotel yang menyediakan makanan halal.Nanti saya akan cerita tentang hotel Flora Kuta Bali ni ye. Saya nak cite berkaitan betapa " Strategik"nya kedudukannya....
  • Makanan - hampir 80% penduduk disana beragama Hindu, namun jangan risau terdapat banyak restoren halal yang dimiliki oleh penduduk Bali, beragama islam yang terdapat disana. makanan lebih kurang sama di tempat kita, tapi jangan lupa mencuba Sup Rawon dan Ikan Gurami. 

Setakat ini sahaja info budject saya untuk ke Bali. Terima kasih kerana sudi singgah.........peace!!!



12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Dah buat entry baru pasal ur vacation ke Bali tu ke ? :)

    Boleh bagi link?? tak jupa pula tq

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. saya pon tgh survey nak menginap kt hotel tu tp x booked lg... :)

    ReplyDelete
  12. Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
    Sewa Kereta Murah Kat Bali
    Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
    We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.

    ReplyDelete