Hari ini dalam sejarah hidupku
dengan sopan santun dan tertibnya aku melakukan kerja seharian ku. Perlakuanku berbeza dengan hari2 ku yang lain yang sedikit GANAS dan BRUTAL...
MAKA
aku pada hari ini telah
makan dengan sopan dan santunnya, aku minum dengan sopan dan santunnya, aku senyum dengan sopan dan santunnya sambil menutup sedikit mulut dengan jari telunjukku, aku ketawa dengan sopan dan santunnya, berbicara pun dengan sopan dan santunnya.Macam xtak percaya aku melakukan semua itu dengan sopan dan santunnya. hingga suami ku menegur
"Amboi sopan dan santunnya, dah macam perempuan melayu terakhir plak saya tengok".
hehehehe!
apakah kisah di sebalik sopan santunnya aku pada hari ini...???
UUUUUWWWWAAAAHHHHH!!!
Sebab
aku sakit gigi dan pipiku yang sebelah kanan telah membengkak, dan kerana itu jugak aku menjadi sangat sopan dan santunnya pada hari ini.Aku merasa sangat sedih kerana menahan kesakitan yang tidak tertahan itu juga gembira kerana menjadi seorang isteri yang amat bersopan dan santunnya pada hari ini.sopan dan santunku dah macam mereka bertiga di atas tuh..uhuhukkk
No comments:
Post a Comment