salji



Tuesday, January 31, 2012

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN PENAT DAN KELETIHAN


SO TIRED THIS WEEK....HHHMMM!!!


So and so and so tired this week. benci dengan keadaan kerja yang kelam kabut. terpaksa buat kerja last minit bcoz org len yang sepatutnya menyiapkan kerja lebih awal bagi memudahkan rakan2 len menyiapkan kerja tetapi tidak menyiapkannya dan menyusahkan semua rakan satu organisasi huhuhu!!!hhhmmmm memang adat bekerja mcm ni ker...???
apa yang terfikir dalam kepala hotak ni 
nak gi cuti - cuti mesia jer...tapi baru pas cuti
nak gi spa nak relax...huhuhu hujung bulan plak heheehe!!
mungkin ader hikmah di sebalik semua yang berlaku ini....!!

 nilah keadaan aku skrg nih...

 kiter samelah kucin

meme mace nilah kedaannyer



PETUA UNTUK MENGHILANGKAN PENAT DAN KELETIHAN

  • Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu. Katanya "Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku".
Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan bertakbir Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita. Akan terserlah keceriaan di wajah anda pada keesokan harinya dengan senyuman. Selamat mencuba.
  • Atur tarikan nafas. Tarik nafas dalam – dalam dan hembuskan dengan perlahan, konsentrasi pada gerakan diafragma anda. Lakukan dua atau tiga kali, hingga mulai merasa terkendali
  •  Redakan ketegangan. Jika sedang duduk, berdirilah dan lakukan perenggangan yang lembut. Gerakan tangan dan lengan bergantian, lalu angkat bahu dan buat tubuh anda terasa rileks.
  • Bergerak. Lakukan jalan cepat, walaupun hanya jalan – jalan di seputar ruangan atau kamar mandi. Hal itu berguna untuk membantumelancarkan aliran darah. Bergerak secara teratur juga dapat membantumembakar efek negatif dari hormon stres.
  • Berteriak dan menjerit. Pergilah ke suatu tempat pribadi lalu berteriak dan menjerit sepuasnya. Cara itu dapat dipakai untuk terapi pereda stres.
  • Terapi Esensial Bunga. Petakan beberapa tetes sari bunga, seperti Bach Rescue Remedy, Jan de Vries Emergency Essence atau AustralianBush Flower Emergency Essence di lidah anda.
  • Berpikirlah positif. Pilih sesuatu yang layak, suatu pemikiran pribadi yang positif. Ulangi secara teratur pada diri anda sendiri.
  •  Konsumsi makanan sehat.Diet dan jangan tergoda makan secara berlebihan.
  • Dengarkan musik. Irama musik yang lembut dapat membantu anda lebih tenang.
  • Terorganisasi. Mulai mengatur kehidupan dan waktu secara efektif.Membuat prioritas, sehingga anda dapat mengatasi tekanan dalam suatu waktu.
  • Tertawa.Menonton komedi, tertawa bersama teman anda, atau kunjungi website lelucon merupakan penawar luarbiasa bagi stres.
  • Menemukan ketenangan dari dalam. Visualisasi atau meditasi dapatmembantu menemukan sebuah ketenangan dari dalam, pada saat disekeliling anda dipenuhi tekanan dan kegaduhan.
  • Konsumsi vitamin dan suplemen. Anda mungkin membutuhkan sejumlah vitamin B dan antioksidan semacam vitamin C dan E pada saat sedang tertekan. Suplemen probiotik dapat juga membantu anda mengatasi stress.

PETUA SENDIRI PUNYER
  • Tengok Rajalawak/Maharaja lawak lerrr.
  • Melayan blog.
  • Pakai cantik2 bila pergi kerje.
  • Menanam pokok bunga (tapi nape selalu mati kering jerk pokok aku tuh)
  • Mandi manda tepi pantai.
  • Joging
  • Lepak di satu sudut dapur aku yang tenang, angin yang sempoi dan pemandangan yang menghijau
  • Melayan kucin2 yang comel dan manja itu.
  • Mencuba pelbagai fesyen terbaru (tapi bukan yang pelik2 ok).
  • Melayan kaletah anak aku nih.
Setakat ini jelah dulu yer...!











Thursday, January 26, 2012

KEPADA SIAPA KITA SELALU MENGADU????



KEPADA SIAPA KITA SELALU MENGADU?


Jika engkau hendak mencari orang yang betul-betul memahami dirimu itu. Percayalah engkau tidak akan menjumpainya sehingga engkau tua.


Sebab itulah perlu mengadu pada Allah kerana Allah sahaja yang memahami akan keadaan hamba-hambaNya.

Wednesday, January 25, 2012

MINAH BLOGGER....


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juge aku memiliki blog sendiri. Atas daya usaha aku untuk mencuba sesuatu yang baru untuk menikmati keindahan hidup ini. Terima kasih juge kepada rakan - rakan aku yang memaksa aku mencuba membuat blog. godeh2 punyer godeh2 akhirnya berjaya juga mewujudkan blog ini. aku juga banyak merujuk kepada http://jombinabelog.blogspot.com/, terima kasih yer.Memang banyak merujuk pada laman ni tau untuk buat blog aku nih. cantikkan!tapi tak habis belajar lagi dari laman ni, nanti aku datang lagi tau tgk pe2 yg patut untuk menaik taraf blog aku. Diharap kawan2 yang berada diluar sana dapat membantu dan memberi tunjuk ajar lebih banyak lagi. Yang penting jangan luper menjadi FOLLOWER aku untuk memberi sokongan kepada aku untuk terus aktif memblog. Adakah aku akan menjadi MINAH BLOGGER....???hehehehe!masa akan menetukannya.....zzzaaaaasssssss


PEACE NO WAR

Tuesday, January 24, 2012

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN DAN MENGURANGKAN sakitnya GIGI

sakitnya GIGI...!!!



aku nih ada  2 jenis masalah



masalah 1



Inilah rupe gaya gigi geraham yang nak tumbuh tu

masalah 2




gigi geraham atas hujung mencederakan pipiku 


Walaupun sakit gigi ni nampak macam sakit yang tak berapa nak bahaya, tapi sebenarnya sakit gigi boleh membawa MAUT! Ramai yang amik mudah bila sakit gigi. Telan painkiller dan macam-macam ubat lagi nak bagi hilang sakit sebab takut nak jumpa doktor gigi. Lama-lama sakit gigi tu pon hilang. Memang la hilang tapi kesan pada sakit gigi tu tetap aktif pada urat saraf. Boleh membahayakan tulang rahang, otak, mata, jantung, paru-paru dan macam-macam lagilah sebab bila dah efek pada urat saraf, seluruh tubuh kita ni kan ada urat saraf, so kesan daripada sakit gigi tu boleh merebak ke tempat-tempat lain. Kat bawah ni salah satu kesan akibat sakit gigi. Seram pulak tengok muka jadi macam tu.(artikel ni dari http://anarm.net/blog/doktor-cakap-sakit-gigi-bahaya.html)


Sian, xnklah sampai macam nih rupenyer

Kat bawah nih pulak adalah gambar - gambar klinik moden yang mungkin suatu hari nanti akan dibina kat Malaysia pulak. Siapa tahu kan..?Kalau semua klinik gigi macam nih huuiiisshhh!!!dasat tuh....tentu masalah nak cabut gigi selesai. Gigi tak sakit pun nak dicabut jgak.hahahaha!!!




 






Japanese Dental Clinic



Minami Nagano Dental Clinic

kat sini aku nak bagi petua untuk sesiapa sahaja yang sakit gigi mcm aku ni

Sakit Gigi Geraham Bongsu
Untuk penawarnya, amalkan petua ini:-
Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Sakit Gigi Berlubang
  1. Cara yang paling cepat emnghilangkannya, tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.
  2. Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.
  3. Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
  4. Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.
  5. Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur.Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.
Panjang pulak entry aku nih...hehehe!!!

HAKIKAT KECANTIKAN SEORANG WANITA





HAKIKAT KECANTIKAN WANITA... 

--> Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
--> Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
--> Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
--> Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
--> Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
--> Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

--> Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
--> Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
--> Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
--> Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
--> Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
--> Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang' ,

# Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.
gambar + huraian = tersurat dan tersirat ... :))

SOPAN DAN SANTUNNYA...


Hari ini dalam sejarah hidupku
dengan sopan santun dan tertibnya aku melakukan kerja seharian ku. Perlakuanku berbeza dengan hari2 ku yang lain yang sedikit GANAS dan BRUTAL...
MAKA 
aku pada hari ini telah 
 makan dengan sopan dan santunnya, aku minum dengan sopan dan santunnya, aku senyum dengan sopan dan santunnya sambil menutup sedikit mulut dengan jari telunjukku, aku ketawa dengan sopan dan santunnya, berbicara pun dengan sopan dan santunnya.Macam xtak percaya aku melakukan semua itu dengan sopan dan santunnya. hingga suami ku menegur 
"Amboi sopan dan santunnya, dah macam perempuan melayu terakhir plak saya tengok".
hehehehe!
apakah kisah di sebalik sopan santunnya aku pada hari ini...???
UUUUUWWWWAAAAHHHHH!!!
Sebab 
aku sakit gigi dan pipiku yang sebelah kanan telah membengkak, dan kerana itu jugak aku menjadi sangat sopan dan santunnya pada hari ini.Aku merasa sangat sedih kerana menahan kesakitan yang tidak tertahan itu juga gembira kerana menjadi seorang isteri yang amat bersopan dan santunnya pada hari ini.sopan dan santunku dah macam mereka bertiga di atas tuh..uhuhukkk

FAREEZ D'HATIKU



Macam jiwang plak bila aku sebut "fareez d'hatiku". Tapi sebenarnya memang manusia yang bernama fareez itu sentiasa didalam hati aku. Anytime and anywhere always in my heart. Sangat,sangat,dan sangat penting dalam hidupku, banyak menyokong dalam apa jua keputusan aku, sentiasa bersama saat suka dan dukaku.
dan mereka adalah 



jeng!

jeng!

jeng!

jeng!

siapa? 



of course suami dan anakku....
tentulah mereka amat penting dalam hidup aku...
fazli + fareez = fareez....heheheh!!
dapatlah jawapannya...
I LOVE YOU ALL
because
WE ARE HAPPY FAMILY!!!